• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Wild Boars’ Muncul Kali Pertama Di Khalayak Ramai

oleh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Para pemain bola sepak pasukan “Wild Boars” muncul kali pertama di khalayak ramai dalam satu majlis anjuran kerajaan di Chiang Rai hari ini, lebih seminggu selepas operasi menyelamatkan mereka dari gua Tham Luang.

Dua belas remaja itu yang memakai jersi bola dan seluar pendek bersama jurulatih mereka disambut oleh rakan-rakan dan orang ramai dalam satu program dikenali “Bringing the Wild Boars Home“, yang disiarkan ke seluruh negara oleh stesen televisyen tempatan.

Salah seorang remaja itu, Adul Samorn, 14, ditanya mengenai detik-detik dua penyelam Britain menemukan mereka selepas hilang selama sembilan tanpa dapat dijejak dalam gua yang ditenggelami air itu.

““Jurulatih Ek memberitahu semua orang supaya diam kerana dia terdengar suara seperti seseorang bercakap. Pada mulanya kami tidak yakin sama ada ia benar atau tidak, tetapi kami berhenti (menggali dan bercakap) dan mendengarnya. Ia memang benar (suara dua penyelam Britain), saya terkejut, katanya.

Menurut beliau, ketika itu, dia dan para remaja lain sedang menggali lubang dalam usaha untuk mencari jalan keluar dari gua yang begitu cepat digenangi air.

Jurulatih mereka, Ekkapol Chantawong, 25, berkata mereka tidak membawa apa-apa makanan atau minuman apabila memasuki gua itu, bercanggah dengan laporan media yang mendakwa mereka membawa beberapa makanan ringan ke dalam gua.

“Selama kami terperangkap dalam gua, kami hanya minum air yang menitis turun dari celah-celah batu untuk terus hidup,” kata “Ekk” yang didapati sebagai seorang yang tidak bernegara.

Jurulatih itu yang disanjung sebagai wira kerana menjaga para remaja itu dengan selamat sepanjang pengalaman terperangkap dalam gua juga menjelaskan bahawa kebanyakan pemain pasukan “Wild Boars” itu boleh berenang, bercanggah dengan laporan media sebelumnya yang mendakwa kebanyakan mereka tidak tahu berenang.

Soalan-soalan yang ditanya kepada para remaja itu semasa program berkenaan telah ditapis oleh pihak berkuasa termasuk doktor, ahli keluarga dan pakar psikiatri.

Turut hadir pada program itu ialah doktor tentera, Dr Pak Loharachun dan tiga penyelam dari unit SEAL Tentera Laut Diraja Thailand yang berada bersama para remaja itu sejak mereka ditemukan oleh penyelam Britain sehingga mereka diselamatkan.

Gabenor Chiang Rai yang baru dilantik, Prachon Prachsakul, juga menghadiri majlis tersebut. Beliau mengambil alih daripada bekas gabenor Narongsak Ossothanakorn yang menjadi ketua operasi mencari dan menyelamat di gua Tham Luang. – BERNAMA

Tags: bola sepakThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd