• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Tak Angkat Sumpah Mungkin Hilang Kelayakan

oleh
18/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka yang terpilih sebagai Anggota Parlimen tetapi tidak hadiri majlis angkat sumpah Isnin lepas berdepan kemungkinan hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong hari ini.

“Anggota Parlimen yang tidak mengangkat sumpah pada hari Isnin boleh dibatalkan kelayakan dalam tempoh enam bulan mulai 16 Julai jika terus gagal berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu bagi memperjelaskan tentang Anggota Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa yang gagal hadir di Dewan Rakyat pada hari Isnin.

Bagaimanapun, bagi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh, Liew berkata beliau telah menerima notis yang menyatakan Muhyiddin kini dalam cuti sakit selama sebulan dan Dewan akan mengaturkan majlis lain selepas ini untuk beliau mengangkat sumpah.

“Bagi YB Sipitang, kami tidak menerima apa-apa pemberitahuan melalui surat tentang sebab beliau tidak dapat hadir pada hari Isnin untuk mengangkat sumpah,” katanya.

Isnin lepas, 220 daripada 222 Anggota Parlimen mengangkat sumpah jawatan mereka di Dewan Rakyat pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Dua anggota Parlimen yang tidak hadir adalah Muhyiddin dan Yamani Hafez. – BERNAMA

Tags: angkat sumpah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd