• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT3: Najib Sangkal Dakwaan Guan Eng

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melabelkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sebagai ‘mini 1MDB’ dan terdapat fail tersembunyi dalam pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan, projek itu juga tidak menelan belanja RM31.65 bilion seperti didakwa Guan Eng.

“Tiada kelulusan diberikan dan permintaan mereka ditolak. Apabila agensi memohon peruntukan tidak bermakna kerajaan akan menerimanya. Malah lebih banyak yang kita tolak berbanding terima.

“Tiada kelulusan diberikan, noktah. Tiada kontrak bernilai RM15 bilion atau RM31 bilion yang ditandatangani malah surat yang meminta tambahan RM22 bilion itu tak pernah sampai kepada saya, sedangkan saya adalah Menteri Kewangan pada masa itu,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng melabelkan projek pembinaan LRT3 sebagai ‘mini 1MDB’ dengan mendakwa kos sebenar projek 37 kilometer yang menghubungkan Klang dan Petaling Jaya itu disembunyikan.

Menurut Menteri Kewangan itu, LRT3 juga dikategorikan sebagai fail tersembunyi dan kos sebenar projek itu ialah RM32 bilion tetapi hanya dinyatakan sebagai RM10 bilion.

Sementara itu, jelas Najib, ketika surat daripada Prasarana itu diterima, ia sudah begitu hampir dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan mustahil untuk kerajaan ketika itu memberi kelulusan kerana perlu dipertimbangkan dan kemudian diluluskan Majlis Ekonomi Negara dan kemudian dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLim Guan EngLRT3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd