• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar US dan dengan harga minyak mentah rendah.

Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.0530/0600 berbanding dolar US daripada 4.0445/0485 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata dolar US yang lebih kukuh dengan harga minyak mentah rendah telah menyebabkan ringgit berusaha untuk mendapat tarikan.

Sehingga pada 9.30 pagi, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan rendah pada US$71.79 setong susulan kebimbangan mengenai peningkatan bekalan.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai prestasi ekonomi Amerika Syarikat yang meningkat telah mendorong dolar US meningkat, menyebabkan mata wang tersebut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Selain itu, katanya pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang Indeks Harga Pengguna bagi Jun yang akan diumumkan hari ini untuk hala tuju pelaburan seterusnya.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9686/9748 daripada 2.9737/9768, naik berbanding yen kepada 3.5867/5939 daripada 3.5986/6025, dan meningkat berbanding pound kepada 5.3131/3235 daripada 5.3610/3667 pada Selasa.

Berbanding euro, ringgit turut naik kepada 4.7238/7327 daripada 4.7438/7489 semalam. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd