• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rooney Jawab Siapa Lebih Hebat, Ronaldo Atau Messi?

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA pemain yang dapat terlepas daripada soalan cepu emas tentang siapakah bintang yang lebih hebat antara Cristiano Ronaldo and Lionel Messi, biarpun berada jauh merentasi Lautan Atlantik.

Bintang England, Wayne Rooney diajukan mengenai soalan debat ‘lapuk’ itu dalam satu temubual stesen radio di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Legenda bola sepak Manchester United itu tampil dalam kemunculan pertama bersama DC United pada hujung minggu lalu selepas menyempurnakan perpindahannya daripada Everton.

Muncul dalam program ‘podcast’ Pardon My Take pada Isnin, Rooney tanpa teragak-agak menjawab bahawa Messi adalah lebih baik berbanding Ronaldo.

Jawapan itu ternyata mengejutkan hos radio tersebut kerana Rooney membalas dengan pantas.

“Yeah, saya rasa saya sudah katakan tentang hal ini.

“Tetapi, mereka mungkin dua pemain terbaik dalam sejarah untuk bermain bola sepak.

“Saya cuma fikir Messi, di mata saya, dialah yang terbaik,” ujar Rooney.

Jawapan itu mungkin akan mengejutkan penyokong bola sepak memandangkan Rooney dan Ronaldo pernah main bersama untuk United selama lima musim.

Mereka berdua juga berjaya merangkul tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara. – Mirror UK/mStar Online

Tags: DJ radioWayne Rooney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

07/01/2019
0

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat. Bekas...

“Malam Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila”

16/11/2018
0

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat. Rooney yang telah bersara dari karier...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd