• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Bebaskan Wanita Turki Dituduh Bantu Hamas

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Israel membebaskan seorang wanita Turki yang ditahan ketika melawat menggunakan visa pelancong dan dituduh membantu kumpulan Hamas Palestin, dalam kes yang menaikkan kemarahan Ankara, kata peguamnya semalam.

Turki mengancam tindakan balas selepas penahanan Ebru Ozkan bulan lalu.

Bekas sekutu itu sekian lama bertelagah berhubung dasar Israel terhadap status Palestin dan Baitulmaqdis.

Peguam Ozkan, Omar Khamaisi berkata, wanita itu terbang ke Istanbul kelmarin, seminggu selepas sebuah mahkamah Israel mendakwanya.

Khamaisi berkata, satu rayuan mahkamah mengarahkan pembebasan Ozkan dan memulangkan pasportnya, menambah: “Pendakwaan kekal namun saya fikir ia akan dibatalkan.”

Agensi berita Turki, Anadolu memetik Ozkan sebagai berkata sejurus mendarat, beliau mengucapkan terima kasih kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan kerana ‘membantu menyelesaikan kesnya.’

Mengulas keputusan pembebasan Ozkan, seorang pegawai Israel yang enggan dikenali berkata: “Ada beberapa faktor di sebalik keputusan ini, termasuk tempoh penahanan dan hakikat dakwaan itu tidak serius.”

Pegawai itu bagaimanapun enggan mengakui jika tekanan diplomatik Turki mungkin menjadi faktor.

Ozkan ditahan di Lapangan Terbang Ben Gurion Tel Aviv bulan lalu ketika cuba menaiki penerbangan pulang susulan lawatan ke sini. Beliau didakwa membantu menyeludup wang dan bungkusan kepada Hamas.

Peguamnya menolak dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berpotensi bermotif politik. – Reuters/BH ONLINE

Tags: IsraelPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Di G7: ‘Tanpa Amerika Syarikat, Israel Tidak Akan Wujud’

Trump Di G7: ‘Tanpa Amerika Syarikat, Israel Tidak Akan Wujud’

17/06/2026
0

Oleh Mynewshub  EVIAN, PERANCIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian antarabangsa apabila mengeluarkan kenyataan tegas mengenai hubungan...

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd