• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
16/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan minat belian yang meningkat dan ketegangan perang perdagangan AS-China yang semakin berkurangan.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.0460/0500 berbanding dolar US daripada 4.0500/0530 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata ketegangan perdagangan yang semakin berkurangan membantu memulihkan keyakinan pelabur dan minat untuk mengambil risiko dalam mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

“Selain itu, USD-MYR telah menunjukkan kelemahan selepas gagal melepasi paras 4.0515 pada minggu lepas,” katanya.

Beliau juga berkata pelabur menantikan data ekonomi utama dari China dan AS untuk hala tuju pelaburan yang seterusnya.

China dijadual mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data pengeluaran perusahaannya hari ini, dan AS akan mengumumkan jualan runcit bagi Jun dan data pengeluaran perusahaan lewat hari ini dan esok.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah, kecuali yen.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9639/9679 daripada 2.9620/9651, susut berbanding euro kepada 4.7269/7332 daripada 4.7122/7161 dan turun berbanding pound British kepada 5.3553/3614 daripada 5.3189/3236 pada Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.5968/6013 daripada 3.6006/6043. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd