• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Mula Bersidang Hari Ini

oleh Ahmad Albab
16/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu.

Mesyuarat akan bermula pada 10 pagi dengan urusan pertama yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos akan dilantik memegang jawatan penting itu.

Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan mesyuarat akan diteruskan dengan istiadat angkat sumpah anggota Parlimen, diketuai Dr Mahathir.

Kesemua 221 Anggota Dewan Rakyat dijangka mengangkat sumpah kecuali Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.

Urusan mesyuarat kemudiannya akan disusuli dengan pemilihan dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada kalangan anggota Parlimen bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan urusan mesyuarat dan memastikannya berjalan lancar.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dan detik itu akan disiarkan secara langsung oleh semua stesen TV utama negara.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Selasa.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd