• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Pelombong Maut Tanah Runtuh Di Myanmar

oleh Cj Mnh
15/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Sekurang-kurangnya 15 pelombong maut dan berpuluh yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed lama di utara Myanmar, lapor media tempatan, hari ini.

Sumber berkata, kemalangan terbaru melanda industri berbilion dolar yang berpusat di negeri Kachin itu berdepan masalah mencari mangsa disebabkan hujan.

Kementerian Penerangan menerusi laman web rasmi berkata, mangsa yang terbunuh sedang ‘mencari jed’  di sebuah lombong lama semalam di bandar Hpakant ketika tanah runtuh berlaku.

Kenyataan itu berkata, semua 14 mayat berjaya ditemui dan mangsa ke-15 meninggal dunia di hospital, manakala lebih 45 mangsa yang cedera diberikan rawatan.

Seorang penduduk Hpakant, Long-long, 30, memberitahu AFP, kejadian tanah runtuh itu berlaku di sebuah pekan dikenali sebagai Lone Khin.

“Usaha menyelamat berjaya menjumpai mayat semalam tetapi pagi ini hujan sangat lebat,” katanya.

Pengawal keselamatan di kawasan itu yang menyaksikan kejadian itu memberitahu AFP kemungkinan masih terdapat lebih mangsa yang belum dijumpai disebabkan hujan monsun menyukarkan usaha mencari.

Kementerian berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada pihak berkuasa kampung, bomba dan kumpulan NGO tempatan membantu dalam usaha menyelamat. – AFP

Tags: pelombongtanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd