• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apandi Dilantik Ahli MT UMNO

oleh Ahmad Albab
16/07/2018
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan hari ini, berhubung senarai pelantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2018-2021.

Beliau berkata, keterbukaan pemilihan ini mencatatkan sejarah pemilihan UMNO sejak 1987 dan memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif.

Ahmad Zahid berkata, keputusan ini dicapai setelah UMNO melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar pada bulan lalu.

“Inilah langkah pertama UMNO menunju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

“Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan menalntik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan kepemimpinan negeri-negeri.

“Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran kepemimpinan UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri,” katanya.

Antara individu yang dilantik bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi adalah Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung UMNO, Bendahari adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohd Sumali Reduan pula dilantik sebagai Setiausaha Kerja.

Selain Mohamed Apandi, turut dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi antaranya Datuk Seri Anifah Aman; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Datuk Johan Abdul Aziz dan Datuk Azizah Mohd Dun. – BH ONLINE

Tags: MT UMNOTan Sri Mohamed Apandi Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

21/11/2022
0

PETALING JAYA : Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan perbincangan pada malam ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembentukan kerajaan....

MT UMNO Mesyuarat Isu Politik Esok

02/08/2021
0

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi secara dalam talian esok bagi membincangkan mengenai isu politik terkini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd