• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kanak-Kanak Tanpa Sijil Lahir Perlu Dikaji

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Gesaan Sarawak supaya kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ketiadaan sijil lahir dalam kalangan kanak-kanak di negeri itu perlu dikaji, termasuk dari sudut implikasi perundangan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Aziz Jamman.

Beliau berkata perkara tersebut perlu dibincangkan dan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat kerana berkemungkinan akan ada implikasi tertentu, termasuk melibatkan perubahan akta atau undang-undang sekiranya gesaan berkenaan ditunaikan.

“Permintaan mereka (Sarawak) ini, insya-Allah di peringkat kementerian perlu dikaji kerana sebagaimana kita tahu dalam Perjanjian Malaysia 1963, ada kuasa-kuasa tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, yang pastinya, jika Sarawak minta (kuasa diserahkan kepada kerajaan negeri menyelesaikan isu ketiadaan sijil lahir dalam kalangan kanak-kanak), saya fikir Sabah pun pasti akan minta (perkara sama),” katanya kepada pemberita pada Program Turun Padang di Pasar Manggatal di sini, hari ini.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung gesaan berkenaan yang disuarakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Kitang Lo Khere Chiang dalam sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Khamis lalu.

Lo menggesa kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa sijil kelahiran di negeri itu memandangkan angka ketiadaan sijil lahir yang dikeluarkan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri pada awal tahun ini cukup membimbangkan.

Mengenai program itu, Aziz yang juga Anggota Parlimen Sepanggar berkata, program gotong-royong selama tiga hari itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada para peniaga pasar berkenaan serta masyarakat setempat supaya sentiasa mengutamakan kebersihan kawasan sekitar.

Beliau berkata lebih 200 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyertai aktiviti gotong-royong yang bermula seawal jam 6 pagi tadi.

Program gotong-royong seumpama itu akan diperluas ke daerah lain ke arah mendidik masyarakat sentiasa menjaga kebersihan persekitaran, katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakSijil Lahir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd