• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Spekulasi, Real Tak Bida Neymar

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REAL Madrid mengeluarkan kenyataan media kedua menafikan kelab tersebut berminat membawa masuk Neymar ke Santiago Bernabeu pada musim panas ini.

Spekulasi perpindahan Neymar ke kelab gergasi Sepanyol itu semakin bertiup kencang sejak akhir-akhir ini dan memaksa Real mengeluarkan kenyataan sama pada awal bulan ini.

Dakwaan bahawa Real sedia mengemukakan bidaan bernilai 275 juta pound sterling dinafikan Los Blancos tetapi khabar angin itu masih lagi bertiup kencang.

Neymar merupakan pemain Paris Saint-Germain (PSG) dan Real menafikan dakwaan kelab itu mendekatinya tanpa persetujuan juara Ligue 1 itu.

“Susulan laporan berterusan mengaitkan Neymar Jr dari PSG ke kelab kami, Real Madrid C.F. ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat melakukan apa-apa tawaran terhadap pemain itu.

“Kedua-dua kelab menikmati hubungan baik dan jika Real Madrid mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pemain PSG, kami akan berhubung dengan kelab terlebih dahulu,” demikian menurut kenyataan media tersebut.

Neymar meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu dan menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia.

Stesen TV Sepanyol, TVE mendakwa Real menawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada Neymar tetapi ia telah dinafikan kelab gergasi Sepanyol itu. – mStar Online

Tags: NeymarReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

25/06/2023
0

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

24/06/2023
0

RIO DE JANEIRO : Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd