• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Terkilan Tidak Diberitahu Isteri Meninggal

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Betapa terkilannya seorang suami apabila hanya mengetahui berita kematian isterinya yang dirawat di sebuah hospital, di sini selepas lebih tujuh jam wanita itu meninggal dunia, pagi Rabu lalu.

Zakaria Simon, 61, mendakwa dia tidak dimaklumkan pihak hospital mengenai kematian itu dan hanya mengetahui sebaik datang menziarahi isterinya, Roslin Anuar, 57, pada waktu melawat kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati katil arwah isterinya sudah dikemas dan dikosongkan, malah lebih memilukan apabila dimaklumkan isteri sudah meninggal dunia.

“Arwah (isteri) yang menghidap ketumbuhan pada otak mula dimasukkan ke hospital terbabit pada jam 12.30 tengah malam Selasa lalu kerana keadaannya yang semakin lemah.

“Bila datang waktu melawat jam 12.30 tengah hari, pihak hospital memaklumkan isteri saya sudah meninggal dunia dan kematiannya disahkan pada jam 5.10 pagi,” katanya ketika ditemui.

Dia ditemui selepas dikunjungi Pengerusi Biro Kebajikan, Pembangunan Masyarakat (Pusat Khidmat Masyarakat) Majlis Jaksa Pendamai Melaka, Amir Hamzah di Kampung Chin Chin, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jasin Ahmad Baharuddin dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Chin Chin, Mustafa Baharom.

Zakaria berkata, dia kecewa kerana tiada seorang pun yang menghubunginya bagi memaklumkan perkara itu, sedangkan nombor telefon bimbit sudah diserahkan kepada pihak berkenaan.

“Memang saya kecewa, sedangkan ketika isteri dibawa menaiki ambulans, pihak mereka ada mengambil nombor telefon saya, termasuk ketika membuat pendaftaran dan berada di wad.

“Terkilan apabila saya sebagai suami tidak ada bersamanya sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Baharuddin berkata, pihaknya yang bersimpati dengan nasib Zakaria akan memanjangkan isu terbabit ke mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jasin. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: Kematian Warga Emassuami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd