• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Tadbir Kolej Vokasional Maut

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pembantu tadbir maut dipercayai ditikam dan dicekik rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Telok Datok, Banting dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang merupakan pembantu makmal di kolej berkenaan dipercayai mencekik dan menikam Zaimah Mahmod, 57, menggunakan pisau.

Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada suspek berusia 28 tahun yang mengaku bahawa dia baru sahaja membunuh mangsa dengan cara menikam dan mencekik wanita itu.

Menurut Azizan, anggota polis kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui suspek bersama mayat mangsa di dalam stor pejabat pentadbiran kolej tersebut.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek mengaku telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati akibat berdendam kerana sering disindir mangsa.

“Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada ‘hubungan sulit’ dengan seorang staf di tempat kerja sama. Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengata suspek.

“Pada masa sama suspek juga didapati mempunyai rekod dan menjalani rawatan stres di Hospital Banting. Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azizan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek esok bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: Dibunuhpembantu tadbir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

Bayi Enam Bulan Mati Dibunuh, Bapa Ditahan

17/04/2024
0

KAJANG - Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat...

Zayn Rayyan Dibunuh

Zayn Rayyan Dibunuh

07/12/2023
0

Sungai Buloh: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd