• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Juara Liga Super Musim Kelima Berturut-Turut

oleh Ahmad Albab
11/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan dominasi selaku pasukan terbaik di negara ini, setelah mempertahankan kejuaraan liga berkenaan buat musim kelima berturut-turut sejak 2014.

Kemenangan tipis 2-1 dilakar JDT ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam ini, menyaksikan skuad Harimau Selatan muncul juara liga musim ini dengan kelebihan 16 mata ke atas pasukan tuan rumah, walaupun mempunyai baki empat perlawanan.

Pada aksi di Ipoh, Perak terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-72 sebelum JDT bangkit melakar dua gol pantas hasil sentuhan penyudah pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun pada minit ke-74 dan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-83.

Terengganu FC (TFC I) pula merampas tangga keempat daripada juara Piala FA, Pahang setelah mengatasi Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-32, sebelum skuad Penyu meraih tiga gol hasil sumbangan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-38, Igor Zonjic (minit ke-52) dan Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-90.

Melaka pula naik dua anak tangga ke kedudukan ketujuh liga setelah mengejutkan pasukan tangga ketiga, Kedah 4-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Empat gol pasukan tuan rumah disumbangkan Khair Muhammad Jefri Jones pada minit ke-34, R. Gopinathan (minit ke-37 dan ke-62) serta Ifedayo Olusegun pada minit ke-84.

Gol tunggal Kedah dijaringkan penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-52. – BERNAMA

Tags: JDTLiga Super
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd