• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Tidak Kemuka Mohon Tuntut Barang Kemas

oleh Cj Mnh
11/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak menerima permohonan daripada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menuntut barang kemas bernilai ratusan juta yang dirampas Mei lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata jika Rosmah ingin berbuat demikian, beliau harus mengikut undang-undang dan ada caranya untuk memohon.

“Perkara ini bukannya mudah kerana ia mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-83 Perwakilan Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi di sini, bulan lepas.

Syarikat itu menuntut supaya isteri bekas perdana menteri memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta (RM59.831 juta).

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata polis akan membuktikan apa yang didakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang serbuan yang dilakukan di beberapa premis milik beliau dan anaknya sebagai tidak memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Itu hanya sekadar dakwaannya sahaja, macam-macam dia boleh cakap. Biar (Najib) nak cakap apapun, kita kena ikut proses undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: barang kemasDatin Seri Rosmah Mansor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

27/06/2025
0

BESUT: Seorang mangsa "phone scam" sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd