• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Bawa Keluar 5 Lagi Terperangkap Dalam Gua

oleh Cj Mnh
11/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Operasi membawa keluar empat lagi pemain pasukan bola sepak “Wild Boars” dan jurulatih mereka berusia 25 tahun yang masih terperangkap di dalam kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai, di utara Thailand, bermula pada kira-kira 10 pagi ini (waktu tempatan).

Bekas gabenor Chiang Rai, Narongsak Ossothanakorn, yang mengumumkan bermulanya operasi menyelamat terakhir itu, berkata mereka berharap  dapat mengeluarkan kesemua lima mangsa yang masih terperangkap di dalam gua dilanda banjir itu hari ini, bersama-sama seorang doktor dan tiga penyelam daripada pasukan SEAL Tentera Laut Diraja Thailand.

“Kami berharap kesemua sembilan mereka akan keluar bersama-sama hari ini,” katanya kepada media di Chiang Rai di sini, hari ini.

Beliau berkata doktor dan tiga penyelam itu ditempatkan bersama-sama mangsa untuk menemani mereka sejak mangsa ditemukan di dalam  gua berkenaan.

Narongsak, yang mengetuai operasi menyelamat itu berkata, 19 penyelam telah memasuki gua berkenaan dalam misi terakhir mereka untuk menyelamatkan remaja terbabit dan jurulatih mereka.

Beliau berharap operasi  menyelamat hari ini akan membuahkan hasil lebih pantas daripada misi yang dilaksanakan semalam dan pada Ahad.

“Operasi pada hari pertama (Ahad) memakan masa selama kira-kira 11 jam dan operasi semalam memakan masa sembilan jam. Oleh itu, kami harap, operasi hari ini lebih cepat atau lebih kurang sama dengan semalam, jika tiada aral melintang,” katanya.

Bimbang musim monsun yang akan tiba membawa hujan  lebat dan menjadikan keadaan banjir di dalam gua itu lebih teruk, pasukan penyelamat memulakan operasi penuh berisiko untuk membawa keluar kesemua remaja lelaki  dan jurulatih mereka yang berusia antara 11 dan 25 tahun.

Dalam masa dua hari lepas, pasukan penyelamat berjaya membawa  keluar lapan pemain daripada Akademi Bola Sepak Mu Pa (Wild Boar) itu, yang terperangkap di dalam gua berkenaan sejak 23 Jun.

Ditanya tentang kapal selam mini dihasilkan usahawan angkasa lepas Amerika Elon Musk yang dibawa untuk menyelamat mangsa, Narongsak berkata peralatan itu tidak akan digunakan dalam operasi berkenaan.

“Peralatan yang beliau beri kepada kami itu tidak  praktikal bagi misi kami ini. Ia menggunakan teknologi kompleks dan canggih, tapi kami tidak boleh membawanya masuk ke dalam gua bagi misi ini,” kata bekas gabenor itu yang akan menyandang jawatan baharu di wilayah Phayao selepas ini.

Musk, yang juga ketua pegawai eksekutif Tesla, tiba di Chiang Rai malam tadi bersama-sama  kapal selam mini berkenan dengan harapan peralatan itu dapat digunakan dalam operasi untuk menyelamat mangsa. – BERNAMA

Tags: Guaterperangkap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

24/08/2024
0

Sembilan belas individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Risda Eco Park Resort di Kampung Ulu Slim,...

Dua Rakan Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

Dua Rakan Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

20/08/2024
0

Dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terperangkap di dalam lif pangsapuri selama sembilan jam di Desa Petaling, Cheras semalam sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd