• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nawawi Letak Jawatan Pengerusi KTMB Akhir Julai

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Datuk Nawawi Ahmad mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada hujung bulan ini.

Bekas Anggota Parlimen Langkawi itu berkata peletakan jawatannya adalah bagi memberi laluan kepada pelantikan pengerusi baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya pelantikannya itu adalah atas dasar politik oleh kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Biarlah saya memberi laluan kepada kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir (Mohamad) untuk melantik orang yang boleh menerajui KTMB, “ katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sambutan Aidilfitri KTMB di sini, hari ini.

Katanya jawatan beliau sepatutnya tamat pada Februari 2020 selepas dilanjutkan perkhidmatannya sehingga enam tahun bermula Februari 2014.

“Bagaimanapun, dari segi politik saya akan tetap bersama UMNO,” katanya yang juga ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Nawawi berkata beliau banyak belajar daripada Dr Mahathir sepanjang bertanding di kawasan Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Walaupun pesaing saya adalah Tun Dr Mahathir, saya tidak pernah cakap buruk tentang beliau malah saya sangat menghormatinya sebagai veteran politik dan kami bersaing secara sihat di Parlimen Langkawi,” katanya.

Dr Mahathir menewaskan Nawawi yang ketika itu penyandang kerusi Parlimen Langkawi dan calon PAS Zubir Ahmad dalam PRU14 pada 9 Mei lepas dengan majoriti 8,893 undi. – BERNAMA

Tags: KTMBletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd