• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Tangani Rasuah Kini Lebih Sukar

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan salah guna kuasa pada masa kini lebih mencabar berbanding ketika beliau pertama kali dilantik sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

Mahathir berkata ketika mengambil alih tampuk pemerintahan negara 37 tahun dahulu, jentera kerajaan pada ketika itu dilihat hampir bersih daripada gejala rasuah, tidak seperti masa kini.

Beliau mendakwa tindakan seorang bekas perdana menteri ‘mempromosikan’ rasuah melalui kenyataan ‘cash is king’ atau ‘wang itu raja” mengakibatkan habis jentera kerajaan terlibat.

“Kita kena pilih, tapis sebelum kita ambil tindakan. Kalau kita syak, kita tidak boleh buang semua pegawai kerajaan yang kita syak (terlibat rasuah) kerana yang demikian kita tiada jentera untuk melaksanakan tugas dan arahan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, yang dihadiri hampir 160 anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta anggota pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri.

Dr. Mahathir yang menyambut ulang tahun ke-93 hari ini turut menerima ucapan Selamat Hari Lahir selepas menyampaikan perutusan pada sesi taklimat itu daripada tetamu yang hadir.

Ditanya pemberita akan harapannya pada harijadinya itu, Dr. Mahathir secara berseloroh berkata: “Saya harap media akan membantu kami membanteras rasuah,” yang disambut dengan tawa hampir 50 petugas media yang membuat liputan sidang media itu.

Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu dianjurkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bertujuan memberi pendedahan tentang pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Isu RasuahKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd