• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Digesa Bersumpah Isu RM2.6 Bilion

oleh Cj Mnh
06/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDEDAHAN eksklusif sebuah portal tempatan mengenai Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengetahui dana derma Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa tahun lalu memang gempar.

Malah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu sendiri mencadangkan kepada bekas perdana menteri tersebut untuk memasukkan wang RM2.6 bilion berkenaan ke dalam akaun bank milik peribadi pemimpin itu.

Malangnya setelah tular diperkatakan ramai netizen, beliau kemudian cuba berdolak-dalik sehingga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta Zeti menyaman Najib kononnya cuba mengaibkan tokoh perbankan tersebut.

Mengulas isu ini lebih lanjut, bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menulis perihal isu tersebut sambil menyifatkan ada perancangan tersembunyi pihak tertentu untuk aniaya Najib.

Baca: Tular Kisah Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi

Berikut tulisan penuh daripada Mohd. Puad:

AMAT mustahil TS Zeti tidak tahu bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi DS Najib. Penafian ini menimbulkan persoalan apakah wujud konspirasi di peringkat tertinggi untuk menganiaya DS Najib.

Mana mungkin dia sebagai bos BNM tidak tahu atau tidak dimaklumkan oleh pegawai bawahannya. RM2.6 Bilion bukan jumlah yang kecil. Tidak munasabah Pegawai akan menyembunyikan maklumat daripadanya.

Dan mustahil WSJ dan Sarawak Report lebih mengetahui mengenainya akibat daripada pembocoran maklumat. Justeru saya menuntut supaya Zeti bersumpah secara terbuka untuk membuat penafian.

Seperti yang dijelaskan oleh DS Najib, kalau beliau ada niat buruk maka lebih baik wang yang sebegitu banyak disimpan dalam akaun di luar negara bukan dalam akaun peribadinya sendiri dalam negara.

Dan untuk disimpan di dalam negara sudah tentu ia perlu kebenaran BNM dan melibatkan dokumen dokumen yang perlu diisi dan diistiharkan. Amatlah tidak logik BNM dan Zeti tidak tahu.

Kalau pun dia tidak maklum di awal transaksi, mustahil dia tidak boleh mendapat maklumat daripada pegawainya selepas transaksi berlaku. Kalau begitu dia adalah tidak cekap mengurus Perbankan negara.

Penafian Zeti menambah keyakinan rakyat bahawa isu RM2.6 bilion kononnya dicuri daripada 1MDB adalah satu konspirasi terancang apatah lagi dalam 4 pertuduhan terhadap DS Najib kelmarin langsung tidak babit mengenai RM2.6 bilion.

Kalau Zeti takut bersumpah maka dia tidak layak menjadi Pengerusi PNB yang baru kerana dia akan dituduh menerima habuan politik kerana berbohongmengenai isu dana politik RM2.6 bilion. – Mynewshub.TV

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)Isu 1MDBTan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Puji Komitmen Penjawat Awam Dalam Penyelesaian Isu 1MDB

PM Puji Komitmen Penjawat Awam Dalam Penyelesaian Isu 1MDB

06/03/2023
0

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan penjawat awam dalam segera menyelesaikan kemelut isu 1Malaysia Development Berhad...

PM Jangka Pembangkang Guna Isu LCS Macam 1MDB

PM Jangka Pembangkang Guna Isu LCS Macam 1MDB

21/08/2022
0

Dapat difahami situasi yang melatari Ismail Sabri Yaakob ketika ini. Di satu sisi pemimpin tertinggi parti secara jelas mahukan parlimen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd