• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahuddin Lawat Sarawak Bertemu Abang Johari

oleh Ahmad Albab
06/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat ketua menteri  di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya dekat sini.

Pertemuan hampir sejam itu  merupakan sebahagian daripada program lawatan kerja Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) ke Sarawak.

Hadir  sama pada pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Menteri Muda Pertanian Sarawak Dr Abdul Rahman Ismail serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Salahuddin yang tiba di sini semalam, memulakan lawatannya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAN Sarawak malam tadi.

Pada sebelah petang nanti, Salahuddin dijadualkan  melawat Projek Ladang Kontrak Kampung Sungai Mata, Samarahan.

Beliau kemudian akan meneruskan lawatan ke Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjong Bako, pusat pendaratan ikan terbesar negara dan tercanggih di Asia Tenggara bernilai RM247.8 juta.

Salahuddin merupakan menteri persekutuan ketiga melakukan lawatan kerja ke negeri ini selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu. -BERNAMA

Tags: menteri pertanianmenteri pertanian dan industri asas tani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salahuddin Ayub Kini Bergelar Datuk

27/07/2018
0

GEORGE TOWN - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd