• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Farmasi Kesal Ubat Makin Mahal

oleh
05/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENAIKAN harga barang semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu sekali gus menyebabkan rakyat marhaen berasa tertekan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Ia malah tidak catat kejatuhan harga di sebalik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disifarkan kadarnya sejak 1 Jun lepas meskipun pemimpin PH mendakwa kononnya cukai itu jadi punca utama harga barang mahal selama ini.

Terbaharu, seorang ahli Persatuan Farmasi Malaysia, Abdul Nassir Mat Dani menulis surat terbuka kepada Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefli Ahmad bagi meluahkan kekesalan mengenai harga ubat yang kian meningkat di pasaran.

Beliau yang mengirim salinan surat itu kepada Mynewshub mendakwa bahawa harga ubat atau drug dikesan naik antara 20 hingga 35 peratus dalam jangka waktu amat singkat setelah berakhirnya PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.

Abdul Nassir yang merupakan pengamal farmasi komuniti di premis swasta menjelaskan, rakyat terutama pesakit tidak berpuas hati dengan isu kenaikan harga itu khususnya ubat patent diimport dan sebahagian ubat generik.

“Sedangkan GST sudah dimansuhkan. Tukaran RM vs USD semakin baik. Sepatutnya harga ubat kekal stabil atau mengalami sedikit penurunan. Tetapi sebaliknya berlaku. Harga ubat terus meningkat secara drastik,” katanya.

Situasi itu ujarnya, boleh menjejaskan keupayaan rakyat untuk dapat ubat mampu beli dan berkualiti bagi merawat penyakit mereka terutama jenis kronik yang memerlukan pergantungan kepada rawatan ubat sepanjang hayat.

Justeru, Abdul Nassir merasakan ada pihak mengambil kesempatan ekoran peralihan kerajaan kerana sebahagian besar syarikat farmaseutikal dan pengimport produk ubat dikuasai proksi yang monopoli serta boleh sabotaj harga.

“Maka dengan rendah dirinya, saya memohon pihak YB Menteri Kesihatan menggunakan kebijaksanaan untuk bantu rakyat sekurang-kurangnya bendung kenaikan harga yang melampau melalui mekanisme sedia ada,” katanya.

Luahan Abdul Nassir itu ternyata mendedahkan kegagalan pentadbiran PH untuk bertindak meringankan beban pesakit miskin selepas lebih 40 hari berkuasa bahkan lebih teruk daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Namun, umum maklum bahawa dasar BN sebelum ini banyak menolong pesakit marhaen menerima rawatan di klinik atau hospital kerajaan untuk tetap menikmati caj rendah termasuk ubat secara percuma. – Mynewshub.tv

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Farmasiubat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd