• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Bermaruah Keluar UMNO – Zahid

oleh
04/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara tegas menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen yang sengaja meninggalkan parti tersebut sebagai tidak bermaruah.

Beliau malahan berkata, hal ini kerana kemenangan yang diraih mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu bukan disebabkan oleh kapasiti individu sebaliknya kerana bantuan daripada parti serta ahli akar umbi.

Di samping itu, Ahmad Zahid turut menyokong penuh desakan yang disuarakan oleh ketua-ketua sayap pergerakan parti berkenaan supaya Ahli-ahli Parlimen mewakili UMNO itu untuk segera melepaskan jawatan masing-masing.

“Kita mempunyai pendirian bahawa anggota Parlimen UMNO sendiri yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) sebenarnya bukan menang pada PRU lepas atas kapasiti diri sendiri seperti mana calon Bebas bertanding.

“Jika mereka merupakan ahli Parlimen yang bermaruah, mereka haruslah meletakkan jawatan dan sanggup menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan,” kata Ahmad Zahid dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Terdahulu bekas timbalan perdana menteri tersebut buat julung kali mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang pertama selepas berakhir PRU ke-14 di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden parti tersebut, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden UMNO baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMMO, Datuk Zahida Zarik Khan. – Mynewshub.Tv

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd