China – Malang menimpa seorang budak berusia lapan tahun apabila dia mengalami pertumbuhan dan berat seperti bayi berusia empat bulan setelah didera oleh ibunya yang juga seorang pesakit mental.
Budak berkenaan, Yongzhong, yang diselamatkan dari kandang babi, tidak boleh bercakap dan mengalami masalah otot mengakibatkan dia tidak mampu bergerak.
Yongzhong kini menjalani rawatan pemulihan di hospital selepas dia diselamatkan oleh timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan ketika melawat rumahnya.
Ketika ditemui dia hanya memakai topi berwarna merah dan berselimut di dalam kandang babi.
Ibunya, mengalami masalah mental selepas suaminya meninggal dunia pada 2002.
Pada 2006, wanita itu dirogol menyebabkan dia mengandung kembar.
Namun kembar Yongzhong meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.
Menurut penduduk kampung, wanita itu sering meninggalkan anaknya dalam kandang babi sejak kecil menyebabkan budak itu terpaksa melindungi dirinya sendiri.
Dia kini berjaya dipulihkan daripada masalah jangkitan paru-paru dan kurang zat namun doktor memaklumkan Yongzhong akan mengambil masa yang panjang untuk pulih.
Sejak dimasukkan ke hospital, sebanyak RM15,000 telah dikumpulkan oleh orang ramai bagi membolehkan Yongzhong dipindahkan ke Chengdu bagi rawatan lanjut.
Malah selepas tiga minggu di hospital, beratnya kini meningkat 500 gram dan diberikan makanan menerusi tiub.
Meskipun paru-parunya terkawal namun Yongzhong terlalu lemah untuk menjalani pembedahan jantung.

