• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembalikan Wang 1MDB Secara Sukarela – Shukri

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA pemilik akaun yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diminta supaya mengembalikan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara sukarela jika tidak mahu tindakan undang-undang dilucutkan harta dan saman dikenakan terhadap mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, dana daripada 1MDB yang mengalir ke akaun yang dibekukan dianggap sebagai ‘wang haram’ dan perlu dipulangkan semula.

“Semua akaun yang kami syaki terima dana 1MDB, SPRM bekukan. Kami meminta pemilik akaun termasuk milik individu, parti politik atau persatuan diminta agar tampil berjumpa dengan SPRM sekiranya ada masalah.

“Kami meminta mereka untuk tampil dan menyerahkan wang 1MDB secara sukarela, jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika sidang media.

Terdahulu beliau melancarkan buku Corruption and Crime In Malaysia, Perception or Reality tulisan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar di Gerakbudaya Bookstore, Seksyen 11, di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Ditanya mengenai bentuk tindakan undang-undang yang bakal dikenakan kepada pemilik akaun yang ingkar, Mohd Shukri berkata, Pasukan Petugas Khas akan mengambil tindakan melucutkan harta dan saman.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan semua wang 1MDB yang mengalir ke mana-mana akaun akan dikembalikan semula dengan menggunakan semua bukti dan maklumat yang ada.

Mohd Shukri turut menegaskan kemungkinan bilangan akaun yang bakal dibekukan bagi memberi laluan kepada siasatan skandal 1MDB itu akan bertambah.

Menjelaskan pihaknya tidak memberikan sebarang notis kepada pemilik akaun sebelum dibekukan, Mohd Shukri berkata, tiada keperluan untuk melakukan tindakan itu kerana ia seolah-olah memberikan amaran kepada pemilik akaun agar ‘mencuci’ akaun masing-masing.

Akhbar NSTP hari ini melaporkan sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan Pasukan Petugas Khas (1MDB) setakat ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, pembekuan akaun bank dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu membabitkan akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). -BH ONLINE

Tags: 1MDBbeku akaunSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd