• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Kapal Karam Di Danau Toba Dihentikan

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Operasi mencari kapal KM Sinar Bangun yang dipercayai tenggelam bersama lebih 100 penumpang di perairan Danau Toba, Sumatera Utara sejak 18 Jun lepas, dihentikan hari ini.

Pemerintah Indonesia menghentikan operasi itu selepas keluarga mangsa bersetuju operasi itu dihentikan, selepas pencarian selama 15 hari itu gagal mencari mangsa yang dipercayai terperangkap di kapal yang tenggelam di kedalaman lebih 450 meter itu.

Menteri Koordinator Kemaritiman Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan dipetik media Indonesia berkata keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan bersama keluarga mangsa dan pasukan pencari yang terdiri daripada tentera dan polis.

“Setelah dialog dua arah (bersama pasukan mencari dan keluarga), sepakat dihentikan pada 3 Julai,” katanya dipetik media Indonesia.

Bagaimanapun pemantauan akan tetap diteruskan sekiranya terdapat mayat mangsa yang timbul di permukaan perairan Danau Toba itu, katanya.

Kapal kayu KM Sinar Bangun itu dilaporkan karam di perairan Danau Toba kira kira 5.30 petang Isnin (18 Jun) akibat cuaca buruk.

Berdasarkan laporan media Indonesia dan maklumat pihak berkuasa, terdapat pelbagai versi berhubung jumlah penumpang yang hilang akibat kejadian itu yang dipercayai berkemungkinan melebihi 100 orang.

Berdasarkan keterangan dan maklumat daripada aduan keluarga mangsa, kapal kayu KM Sinar Bangun itu berkemungkinan membawa 189 penumpang.

Sebanyak 19 mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu, dan empat mayat wanita ditemui setakat ini. -BERNAMA

Tags: danau tobakapal karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd