• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Sungai Kandis Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
02/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya, dekat sini kira-kira 11.10 pagi tadi.

Allahyarham yang baru saja dipilih semula menjadi wakil rakyat kawasan itu (sebelum ini dikenali sebagai Seri Muda) bagi penggal ketiga, dipercayai dirawat di pusat perubatan berkenaan sejak awal Jun lalu ekoran menghidap penyakit kanser limfoma.

Jenazah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurusselesai urusan di hospital.

Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Asar petang ini.

Mat Shuhaimi yang berasal dari Perak tetapi menetap di Klang dipilih menjadi ADUN Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis apabila berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor awal tahun ini.

Berita kematian Allahyarham tersebar selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin, memuat naik mesej mengenainya melalui akaun Twitter @AzminAli kira-kira jam 11.15 pagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dalam satu kenyataan media berkata, Allahyarham seorang ADUN yang sangat komited, bertanggungjawab dan disenangi rakyat dan rakan taulan.

“Allahyarham juga sahabat karib saya dan rakan seperjuangan dalam politik. Pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar kepada Kerajaan Selangor serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Khidmat bakti dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat dan negeri Selangor adalah sangat besar dan tidak ternilai. Semoga Allah SWT memberi ganjaranyang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Haji Shuhaimie Shafie atas pemergian ini.

“Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dalam mengharungi ujian yang amat berat ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah SWT serta dikurniakan husnul khatimah,” katanya.

Turut mengucapkan takziah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah. – BH ONLINE

Tags: adunmeninggal duniasungai kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor tampil mempersoalkan siapakah pihak yang mengarahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri...

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pendekatan politik yang diamalkannya dalam menyelesaikan masalah rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd