• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Tidak Anggap Malaysia Lawan Mudah

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jurulatih Thailand, Sompron Sunyabut menyifatkan Malaysia bukan lawan yang mudah dikalahkan pada perlawanan akhir kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015 di sini esok.

Beliau berkata gandingan pemain Malaysia nampak lebih mantap dan berbahaya berbanding pasukan yang menyertai Sukan Asia Ke-17 tahun lepas.

Namun katanya itu bukan bermakna Thailand gentar dengan cabaran Malaysia.

“Saya anggap peluang adalah 50-50, tetapi dengan sokongan penonton tempatan, Malaysia mempunyai kelebihan. Namun Thailand akan bertarung dan melakukan yang terbaik untuk memenangi kejohanan,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini hari ini.

Dalam perlawanan separuh akhir hari ini, Thailand mengalahkan Singapura 2-0 (21-13 dan 21-13) dan Malaysia mengalahkan Korea Selatan juga 2-0 (21-11 dan 21-12) untuk layak ke perlawanan akhir.

Sementara itu jurulatih Malaysia Abd Talib Ahmad berkata keserasian dan disiplin tinggi yang ditunjukan pemain negara merupakan faktor utama prestasi cemerlang pasukan Malaysia pada kejohanan ini.

“Namun kita tidak boleh mendabik dada walaupun telah capai sasaran ke perlawanan akhir. Kita akan lakukan yang terbaik bagi memberikan hadiah juara kejohanan kepada penyokong yang tidak jemu memberikan sokongan kepada kita,” katanya.

Kapten pasukan negara Farhan Adam berkata prestasi pasukan Malaysia agak setara dengan prestasi Thailand dan berharap Malaysia dapat mengekalkan prestasi itu menjelang perlawanan akhir.

“Saya tidak sangka dapat laluan agak mudah ke final bila menang semua perlawanan straight set. Tetapi kita tidak boleh leka dengan cabaran Thailand.

Saya harap dapat sokongan berterusan daripada penonton esok untuk memberikan semangat kepada kami menentang Thailand,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sepak TakrawThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd