• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersederhana Dalam Lahirkan Pandangan – Liow

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, terutama wakil rakyat, harus mengambil pendekatan sederhana dalam menangani isu dan bukannya mengamalkan pandangan ekstrem yang boleh menggugat ketidakharmonian dalam kalangan rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata retorik politik di Malaysia kini, yang kelihatan menjurus kepada perkauman, sangat membimbangkan.

Ketika merasmikan forum bertajuk ‘Matters of Moderation, Matters To Malaysia’ di sini, beliau berkata wacana masa kini, yang sepatutnya membincangkan bagaimana meningkatkan dan membantu satu sama lain, sebaliknya lebih tertumpu kepada perbezaan antara kaum.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mendukung kesepakatan yang mengambil kira pandangan semua kaum.

“Malangnya, terdapat unsur-unsur tidak diingini dalam masyarakat masa kini yang menggalakkan pandangan tidak sepakat dan bercanggah.

“Apabila rakyat bersikap semakin ekstrem, pemimpin berdepan cabaran lebih besar untuk menyelesaikannya,” katanya.

Forum sehari itu dianjurkan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP), iaitu sebuah kumpulan pemikir MCA.

Liow juga menggesa rakyat Malaysia supaya kembali kepada prinsip yang diamalkan nenek moyang mereka yang menjadi panduan dalam membentuk negara ini.

“Sejak Kemerdekaan, pengasas negara kita menetapkan hala tuju untuk diikuti kita semua dan ia sesuai untuk didukungi kita.

“Pada masa ini, dengan wacana politik dalam keadaan seperti itu, saya menyeru kita semua untuk sekali lagi mengambil jalan tengah dan menolak pandangan ekstrem walau daripada mana sekalipun.

“Kesederhanaan ialah sebahagian daripada DNA kita. Kesederhanaan sepatutnya menjadi nadi gabungan yang menerajui negara sekarang,” kata beliau.

Beliau berkata walaupun MCA mewakili kaum Cina, pendekatannya bagi menangani isu-isu sentiasa mencerminkan pelbagai kaum.

“Kami adalah parti mewakili masyarakat Cina tetapi kami bukan parti cauvinis. Kami mengambil pendekatan pelbagai kaum dalam menangani isu-isu,” jelas beliau. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd