• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Samun Bunuh Di Bachok, Polis Buru Nuar Ayam

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan kini giat memburu seorang suspek dikenali sebagai Nuar Ayam yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun dan bunuh di sebuah kedai perkakasan di Bachok Khamis lalu.

Fullscreen capture 272015 62125 PM

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata operasi untuk mengesan lelaki berusia 37 tahun itu telah digerakkan sehingga ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Kita perketatkan (kawalan) kawasan sempadan dan adakan operasi untuk buru dia (Nuar Ayam). Saya telah maklumkan kepada semua anggota di seluruh daerah kerana ada kemungkinan dia akan lari ke negeri lain.

“Setakat ini kami mempunyai perkembangan positif terhadap kes ini, cuma beri kami sedikit masa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Kontinjen Kelantan Siri 1/2014 di Dataran Kawad Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan identiti dua lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan, dipercayai berusia di bawah 30-an dan mereka ini membawa dua senjata api dan sebilah parang ketika kejadian.

NSTP

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, seorang peniaga terbunuh manakala anak perempuannya cedera selepas ditembak dalam kejadian samun melibatkan tiga lelaki bertopeng di kedai tersebut.

Peniaga itu, Mustaffar Sidek, 52, ditembak di perut dan paha kanan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, pada pukul 7.40 malam hari kejadian.

Anak mangsa dikenali sebagai Ainul Wahida, 18, ditembak di lutut sebelah kanan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Isteri mangsa, Norhaizan Mat Zin, 45, dan seorang pembantunya, Mohd Azrien Mohd Nasir, 27, yang digari oleh penjenayah itu bagaimanapun tidak dicederakan. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd