• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kerosakan, Kemusnahan Banjir Di Perak Lebih RM300 Juta

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Jumlah keseluruhan kerosakan dan kemusnahan yang dialami berikutan bencana banjir di Perak lebih RM300 juta, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerosakan bagi infrastruktur dan aset awam sebanyak RM269,517,204 manakala kerosakan rumah dan aset persendirian RM63,335,304 sementara kehilangan pendapatan RM46,648,452.

“Jumlah rumah rosak akibat banjir di daerah Kuala Kangsar 94 buah, di Hulu Perak (22), di Perak Tengah (3,453) dan di Hilir Perak (22), menjadikan keseluruhan 3,591 buah rumah dengan nilai kerosakan RM11,651,991,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan ihsan sebanyak RM1,000 kepada setiap 515 keluarga yang terkesan banjir di daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput di sini, hari ini.

Mengenai pemberian bantuan kepada mangsa banjir, Zambry berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak masih mengemas kini jumlah keluarga yang layak menerima bantuan kerana terdapat beberapa kesulitan termasuklah berkaitan alamat rumah penerima.

“Senarai (keluarga terbabit banjir) yang sudah dihantar lebih daripada 5,000
cuma masalah teknikal berlaku seperti tiada nombor rumah dan rumah di tepi sungai yang terlibat banjir tidak berdaftar…sebab itu kami masih teruskan proses (kemas kini) itu,” katanya.

Mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan diharap bersabar kerana bantuan akan diberikan dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd