• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kes Letak Jawatan, Kali Ini Bos SKMM Pula

oleh
29/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNDUR… Usaha pembersihan semua peneraju agensi dan syarikat berkaitan kerajaan terus rancak di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sejak menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Selepas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar meletakkan jawatannya akibat tekanan kuat pentadbiran PH, kini giliran bos Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula yang berundur diri.

Mereka ialah pengerusinya sendiri, Tan Sri Dr. Halim Shafie dan Ketua Pegawai Operasi, Datuk Dr. Mazlan Ismail serta dua lagi pegawai tertinggi suruhanjaya tersebut dilapor telah meletakkan jawatan mereka pada Isnin lalu.

Berita pelik berkenaan turut disahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mendakwa bahawa surat pengesahan peletakan jawatan mereka telah diterima beliau dan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

“Beberapa calon yang layak telah dikenal pasti dan diumumkan nanti. Yang penting adalah untuk melihat pada struktur sedia ada. Ada beberapa cadangan bahawa jawatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif diasingkan.

“Semua itu perlu dihalusi dahulu dan dibawa kepada Kabinet sebelum diberi penjelasan,” kata pemimpin DAP tersebut ketika ditemui pada majlis rumah terbuka kementeriannya di Dataran Gemilang, di Putrajaya semalam.

Sebelum ini, Gobind menyuarakan rasa tidak puas hati cara SKMM menangani beberapa isu berhubung pelanggaran data dan serangan siber termasuk kes serangan BOTS (internet robot) ketika hari pengundian pada 9 Mei lalu.

Namun pengamat politik tempatan melihat situasi aneh itu lebih bermotifkan politik untuk kerajaan PH ‘bersih’ semua ketua badan berkanun dan syarikat milik kerajaan yang didapati cenderung kepada Barisan Nasional (BN).

Umum maklum SKMM selama ini amat tegas dalam usaha bendung penularan maklumat fitnah disebarkan jentera maya PH sebelum PRU lalu yang menyaksikan BN tewas akibat dakyah berita palsu. – Agensi/Mynewshub.tv/HAA

Tags: SKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd