• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22,000 Tan Sampah Dikutip Minggu Pertama Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEBIH 22,000 tan metrik sisa domestik, pukal dan kebun dikutip oleh Alam Flora Sdn Bhd dalam tempoh 10 hari pertama bulan Syawal ini melibatkan tiga kawasan perkhidmatannya – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zain Hassan berkata jumlah kutipan sisa berkenaan turut mencatat penurunan hampir 1,700 tan metrik berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah keseluruhan sampah yang dikutip, hampir 70 peratus adalah sisa makanan yang menjadi penyumbang terbesar, manakala selebihnya sisa pukal dan sisa kebun.

“Penurunan kutipan mungkin disebabkan ramai warga kota masih menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing dan jumlah kutipan dijangka meningkat pada minggu berikutnya apabila aktiviti rumah terbuka giat berlangsung terutama pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Contohnya, tuan rumah dinasihat menggunakan pinggan mangkuk yang boleh dicuci dan diguna semula serta memastikan anggaran jumlah makanan yang disediakan kepada tetamu tidak berlebihan.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora di talian 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam untuk sebarang aduan atau berkongsi maklumat mengenai tahap kebersihan di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Alam FloraSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nilai Barang Rampasan Dibuat Oleh Pakar

Next Post

Negara Aman, Makmur Kerana Pengorbanan Tentera

Related Posts

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

21/05/2019
0

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar...

Next Post

Negara Aman, Makmur Kerana Pengorbanan Tentera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd