• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerintahan Baru Cabaran Besar Buat Erdogan

oleh
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan memulakan langkah kanan setelah berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam pemerintah Turki melalui pilihan raya presiden dan parlimen kelmarin.

Cabang-cabang kerajaan Turki kini akan mula melaksanakan siri pindaan perlembagaan yang diluluskan dalam satu pungutan suara tahun lepas.

Erdogan berkuasa melantik naib presiden, menteri, pegawai peringkat tinggi dan hakim kanan, membubarkan parlimen, mengeluarkan dekri eksekutif dan mengisytiharkan perintah darurat melaui sistem baru yang dilaksanakan.

Beliau bertegas perlunya jawatan presiden eksekutif yang kuat untuk mewujudkan negara yang stabil dan mampu mengambil langkah-langkah untuk masa depan dengan lebih yakin, lapor akhbar tempatan.

Namun, pembangkang, sekutu-sekutu Barat dan pengkritik berpendapat sistem itu memberi kuasa yang besar kepada Presiden Eksekutif tetapi mengabaikan keperluan ‘periksa dan imbang’.

Kolumnis dan penganalisis politik Turki, Avni Ozgurel berkata, Ankara pasti berdepan masalah semasa peringkat awal pelaksanaannya walaupun Turki mampu ditadbir dengan cara lebih stabil dan cekap dalam jangka masa panjang melalui sistem baru yang dilaksanakan.

“Erdogan dan pasukannya akan memperoleh pengalaman dan akan cuba membetulkan kelemahan sistem semasa melaksanakannya,” katanya.

Avni Ozgurel turut menjangkakan akan ada keputusan baharu dan undang-undang untuk mencapai usaha tersebut.

Pentadbiran Erdogan dicabar dengan krisis penyusutan nilai mata wang lira, defisit akaun semasa dan peningkatan inflasi.

Tidak cukup dengan itu, dunia akan lebih tertumpu kepada ketegangan hubungan antara Ankara dengan Barat di peringkat antarabangsa.

Jika Erdogan melaksanakan janjinya pada pilihan raya lalu untuk menarik balik perintah darurat sejurus selepas beliau diberi mandat kemungkinan masalah dalaman negara dan ketegangan dengan Barat mampu diatasi.

Sementara itu, Profesor Universiti Sehir Istanbul, Mesut Yegen me­negaskan amalan baharu di bawah perintah darurat mewujudkan ke­tegangan di negara ini dan meletakkan kerajaan di tempat yang sukar di peringkat antarabangsa ekoran kritikan terhadap hak asasi manusia dan standard demokrasi di Turki.

Bagaimanapun, Yegen percaya presiden itu mampu mengatasi semua halangan dalam usa­hanya untuk merealisasikan matlamat menjadi presiden eksekutif pertama Turki.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pe­rancis, Emmanuel Macron yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Erdogan menekankan tentang pentingnya dialog yang lebih tenang di antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU).

Manakala Perdana Menteri Britain, Theresa May memberitahu, kerjasama berhubung isu ke­selamatan, perdagangan dan usaha memulihkan keadaan di Syria diharap dapat diteruskan oleh kedua-dua negara itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Turki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

06/02/2023
0

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd