• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Che Ta Beri ‘Warning’ Kepada Para Pengguna Twitter

oleh
27/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA pelakon jelita, Rozita Che Wan dilihat semakin mengorak langkah dalam dunia media sosial apabila mula aktif menggunakan aplikasi, Twitter sejak Selasa.

Memetik laporan mStar Online, meskipun sudah agak lama memiliki akaun berkenaan namun pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar @ Che Wan tidak bergiat aktif di laman sosial tersebut.

Pun begitu, baru-baru ini Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta telah memuat naik status pertamanya yang meminta netizen berhati-hati sekiranya ada menulis tentang dirinya.

“Hi. Ini official Twitter account Rozita Che Wan. Hati-hati hampa (hangpa – kamu) semua yang dok Tweet pasai kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian berbeza, Che Ta memberitahu seseorang itu jangan terlalu taksub dalam mahukan perhatian sehingga mengabaikan maruah.

Kata Che Ta, dalam kehidupan ini bukan semua perkara untuk dijadikan pameran umum dan ada perkara yang perlu disimpan rapi buat tatapan dan kenangan peribadi.

“Begitulah dalam kita rancak bermain sosial media, jangan semua dilihat sewenang-wenangnya boleh ditayangkan demi meraih keghairahan ramai. Adakalanya kita lupa, sisi peribadi itu juga perlu ditutup demi menjaga aib atau khilaf manusia.

“#ThreadRCW Sama sama kita istiqomah dan bijak menggunakan media sosial. Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita. Walahualam,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, sehingga kini Twitter menggunakan nama @rozitachewan1 itu mempunyai 265 pengikut manakala pelakon drama Kiah Pekasam itu mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rozita Che Wan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Che Ta Menyesal Lambat Pakai Tudung

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika ramai rakan artis lain kembali membuka hijab dengan pelbagai alasan, nampaknya pelakon dan pengacara Che Ta...

Permohonan Maaf Sehingga Jam 6 Petang, Kata Che Ta

15/03/2019
0

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd