• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Digesa Tidak Letak Tekanan Terhadap Neymar

oleh AK-47
27/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Pengendali Brazil, Tite menganggap Brazil tidak seharusnya meletakkan harapan sepenuhnya di bahu Neymar dan pada masa sama memanggil skuad Selecao supaya mengawal emosi apabila turun bertemu Serbia, awal pagi esok.

Brazil hanya memerlukan satu mata daripada aksi terakhir kumpulan bagi menjamin tiket ke peringkat kalah mati, manakala kemenangan akan meletakkan mereka sebagai juara Kumpulan E.

Walaupun baharu kembali daripada kecederaan panjang, bintang termahal dunia itu muncul selaku nadi utama Brazil yang terdesak untuk memenangi Piala Dunia.

Namun, dia tampak dalam keadaan tertekan ekoran menjadi mangsa kritikan peminat dengan mengalirkan air mata sebaik menjaringkan gol ketika mengatasi Costa Rica 2-0 Jumaat lalu.

“Neymar masih dalam proses pemulihan,” tegas Tite, yang menjelaskan penyerang berusia 26 tahun itu memerlukan masa untuk menemui kembali prestasi terbaik.

Sebelum ini, Neymar terpaksa berehat selama tiga bulan kerana mengalami kecederaan keretakan kaki semasa aksi Ligue 1 buat Paris Saint-Germain (PSG).

“Dia adalah pemain istimewa, tetapi jika dia berada dalam keadaan terbaik tidak mungkin prestasinya menjadi sebegini.

“Ini adalah evolusi, jika anda melihat pada statistiknya untuk dua perlawanan terakhir, dia menampakkan peningkatan. Mungkin dia akan mencapai tahap terbaik pada aksi seterusnya.”

Dengan kali terakhir Brazil menjulang Piala Dunia pada edisi 2002, penyokong negara itu kini pastinya menginginkan trofi berkenaan.

Bagaimanapun, gergasi Amerika Selatan itu masih gagal mencapai tahap terbaik di Russia apabila sekadar terikat 1-1 dengan Switzerland sebelum memerlukan dua gol lewat permainan untuk mengetepikan Costa Rica.

Neymar menangis selepas menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-97 di Saint Petersburg, tetapi Tite memberi amaran kepada pemberita supaya tidak terus memainkan isu terbabit. – AFP

Tags: peminat bolaTekanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Kematian Baby Syifaa Akibat Tekanan Pada Leher – Mahkamah Koroner

Punca Kematian Baby Syifaa Akibat Tekanan Pada Leher – Mahkamah Koroner

31/07/2024
0

SEREMBAN : Mahkamah Koroner, di sini, hari ini memutuskan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa yang ditemui...

Perancis Cadang Israel Dikenakan Tekanan Bagi Memastikan Bantuan Ke Gaza

Perancis Cadang Israel Dikenakan Tekanan Bagi Memastikan Bantuan Ke Gaza

09/04/2024
2

PARIS: Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne menegaskan tekanan dan kemungkinan sekatan, mesti dikenakan ke atas Israel untuk membuka lintasan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd