• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Nak Jadi Kelantan! Tiada Wakil Barisan Kabinet?

oleh
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Barisan Kabinet seperti ditularkan dalam media sosial yang tiada wakil dari Kelantan disifatkan oleh UMNO Kelantan sebagai petanda buruk bagi rakyat negeri pantai timur itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jika benar senarai barisan Kabinet seperti yang ditularkan, perkara yang berkaitan dengan pembangunan, infrastruktur, kemiskinan, pendidikan dan keselamatan sempadan di Kelantan akan diketepikan.

Beliau juga berharap, wakil dari Kelantan dapat disenaraikan dalam barisan Kabinet yang bakal diumumkan.

“Kita tahu masih ada banyak saluran lain seperti media, surat dan pertemuan yang boleh digunakan untuk memberi pandangan berkaitan Kelantan. Namun jika ada wakil dalam Kabinet, secara langsung semua perkara itu akan lebih mudah dimajukan ke peringkat tertinggi.

“Wakil ini cukup penting kerana melalui perantaraan atau saluran itu, sudah pasti tindakan pantas akan diambil Kerajaan Pusat, sekali gus mengukuhkan dan membela kedudukan Kelantan.

“Apapun, kita berharap yang ditularkan itu tidak benar dan akan ada wakil dari Kelantan dalam barisan Kabinet diumumkan nanti,” katanya pada Berita Harian ketika Majlis Aidilfitri UMNO Kelantan, semalam.

Mengikut senarai diviralkan melalui media sosial, PKR difahamkan akan mendapat empat lagi kerusi menteri dalam Kabinet pimpinan Dr. Mahathir, tambahan kepada empat sedia ada, termasuk Timbalan Perdana Menteri, selain lapan timbalan menteri.

Mustapa berharap perwakilan akan membuat pilihan tepat dalam menentukan barisan kepemimpinan tertinggi parti.

Perwakilan perlu memilih calon terbaik menjadi Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden, sekali gus mampu menggalas tugas mencabar dalam usaha melaksanakan pembaharuan, menyuntik nafas baharu serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kabinetKerajaanMustapa Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd