• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Batal Hukuman Mati Remaja Bunuh Suami

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHARTOUM – Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati dan penjara terhadap seorang remaja yang membunuh suami kerana cuba merogol dirinya, kata seorang peguam.

Noura Hussein, 19, mendakwa dipaksa untuk mengahwini seorang lelaki yang juga sepupunya, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bulan lalu oleh Mahkamah Syariah negara itu kerana membunuh.

Juru kempen hak meminta Presiden Sudan, Omar al-Bashir agar mengampunkan Noura dengan alasan dia dipaksa berkahwin dan bertindak untuk mempertahankan diri.

Peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein berkata, berikutan itu, mahkamah semalam membatalkan hukuman mati termasuk penjara lima tahun tetapi Noura didenda AS$20 (RM80.50), tanpa memberikan butiran lanjut.

Menurut Noura, dia ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya selama tiga tahun.

Dia kembali ke rumah keluarga di Khartoum pada April tahun ini selepas bapanya memberitahu perkahwinan itu dibatalkan tetapi ternyata dia ditipu sedangkan persiapan perkahwinan sedang dilakukan.

Selepas berkahwin, Noura menolak untuk melakukan hubungan kelamin dengan suaminya tetapi selepas enam hari berkahwin dia dirogol dengan bantuan tiga ahli keluarga lelaki.

Pada hari berikutnya, suaminya cuba merogol lagi tetapi dia cuba mempertahankan diri, bergelut lalu menikam suaminya hingga mati.

Pada Mei tahun ini, Mahkamah Syariah mendapati dia bersalah kerana membunuh. – Reuters/BH ONLINE

Tags: bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd