• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Pemandu GrabCar Perlu Sama Dengan Teksi

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Gabungan Persatuan-Persatuan Teksi, Kereta Sewa, Limousin Sabah dan Labuan menggesa kerajaan agar mengenakan syarat sama kepada pemandu GrabCar, kata Pengerusinya, Tamrin Eraba.

Menurutnya, selama ini pemandu teksi, kereta sewa dan limousin dikenakan pelbagai syarat dan peraturan seperti mendapatkan lesen memandu khas, permit, insurans penumpang serta ujian Puspakom sebelum diluluskan beroperasi.

“Anggota gabungan tidak menghalang GrabCar beroperasi di mana-mana yang penting mereka (pemandu GrabCar) juga perlu dikenakan syarat sama seperti kami (anggota gabungan).

“Kewujudan aplikasi GrabCar di Sabah ini juga memberi persaingan baharu kepada pemandu teksi dan lain-lain,” katanya kepada Bernama di sini.

Tamrin dalam pada itu berkata semua anggota gabungan persatuan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan supaya kekal relevan dan bersaingan secara sihat dengan pemandu GrabCar.

“Saya juga akan berbincang dengan anggota gabungan mengenai pengurangan tambang dan bersaing secara sihat dengan GrabCar,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam di sini Ismail Ali, 59, berkata GrabCar menjadi pilihan ekoran tambang lebih murah yang ditawarkan berbanding menaiki teksi.

“Sebagai contoh, caj perjalanan dikenakan teksi Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke pusat bandar RM30 tetapi GrabCar hanya RM10,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemandu GrabCar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rompak Pemandu Grab, Tiga Rakan Didakwa

16/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiga rakan termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini...

Pemandu Grab Tidak Mengaku Bersalah Rogol Budak

08/11/2018
0

GEORGE TOWN - Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd