• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thien How Keluar BAM, Boon Heong Sakit Hati

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN beregu lelaki negara, Tan Boon Heong mengakui kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pasangannya, Hoon Thien How yang bertindak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuatkuasa semalam.

Menurut Boon Heong, , tindakan yang dilakukan oleh bekas regunya itu akan mengundang pelbagai masalah terutamanya untuk mencari pasangan baharu yang serasi dengan corak persembahan dipraktikkan.

“Sememangnya saya sakit hati dengan tindakan dia, lebih-lebih lagi tahun ini adalah tahun penting kerana ada banyak kejohanan termasuk All England Mac depan.

“Tapi, dia sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk masa depannya. Saya cuma boleh mengucapkan selamat maju jaya dan berharap pilihan yang dibuat itu adalah tepat.

“Jadi, sekarang terpulang pada jurulatih untuk mencari pemain yang sesuai untuk bergandingan dengan saya,” katanya ketika ditemui di Arena Of Star, Genting Highland.

Dalam laporan media tempatan hari ini, BAM mengesahkan dua pemain beregu lelaki utama, Thien How dan Lim Khim Wah menghantar surat untuk meninggalkan skuad negara.

Menurut Pengurus Besar BAM, Kenny Goh, punca kedua-dua pemain itu mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana merasakan mereka tidak mampu untuk meningkatkan prestasi pada tahap lebih tinggi di bawah kendalian BAM.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaannya yang menumbangkan pasangan dari Kelab Badminton Petaling BC, Chen Jia Huo-Shia Chun Kang dengan straight set 11-5, 11-6 dan 11-5, Boon Heong berkata, beliau masih kurang berpuas hati dengan rentak cemerlang yang dipamerkan.

“Angin yang terlalu kuat menganggu permainan saya, tapi saya tetap berpuas hati de­ngan semangat kerjasama yang ditunjukkan pasangan saya,” katanya.

Kepong BC berjaya mara ke pentas separuh akhir selepas mengalahkan Kelab Badminton Petaling BC dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 13-7 dan akan bertemu Cheras BC esok. – Sinar Harian

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd