• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PayrollPanda Peroleh RM2.8 Juta Pembiayaan Awal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PayrollPanda Sdn. Bhd. (PayrollPanda), pembekal perisian sumber manusia dan gaji yang disasar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, hari ini mengumumkan telah memperoleh RM2.8 juta (US$700,000) pembiayaan awal. (US$1 = RM4.0).

Kebanyakan pelaburan berkenaan dibuat oleh firma pelaburan milik dua keluarga yang berpangkalan di United Kingdom dan Arab Saudi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata PayrollPanda merancang pelancaran peringkat serantau di masa hadapan namun ketika ini memberi tumpuan kepada perkembangan di Malaysia sehingga sekurang-kurangnya awal 2019.

Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PayrollPanda, Toine Vaessen, berkata beliau yakin syarikat dapat mencapai sasaran 20,000 pelanggan di Malaysia dalam tempoh lima tahun.

“Adalah baik untuk melihat PKS Malaysia menggunakan teknologi awan. Selain menjimatkan masa dan mematuhi undang-undang, kami membuat pembayaran gaji lebih mudah.

“Dana pembiayaan baru ini membolehkan kami meningkatkan lagi produk dan menumpukan pada automasi sumber manusia mengikut masa dan kehadiran, automasi tuntutan dan banyak lagi,” katanya.

Vaessen berkata PayrollPanda turut merancang untuk menggandakan pasukannya kepada kira-kira 40 orang kakitangan menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Ekosistem Pertumbuhan untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Norhizam Kadir berkata: “Kami amat teruja melihat daya tarikan PayrollPanda di mana ia mengesahkan status Malaysia sebagai hos kepada usahawan besar yang merupakan tulang belakang ekosistem syarikat-syarikat permulaan.

“MDEC komited untuk terus membina ekosistem Malaysia dengan meletakkan infrastruktur, peraturan dan rangkaian perniagaan yang sesuai untuk dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat permulaan dan pembina usaha teroka,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: PayrollPanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd