• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Dan Isteri Berlepas Ke Brunei

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Irianab berlepas ke Brunei Darussalam dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pada 8.45 pagi ini selepas menamatkan lawatan negara sulung ke Malaysia sejak Khamis.

Turut hadir di Kompleks Bunga Raya untuk menghantar presiden Indonesia itu yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Lawatan Jokowi, yang dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Okt tahun lepas, adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Antara hasil lawatan sulung Jokowi itu ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Proton Holdings Bhd dengan PT Adiperkasa Citra Lestari (PT ACL) dari Indonesia semalam bagi membantu syarikat itu membangunkan dan mengeluarkan kereta nasional Indonesia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi di Putrajaya semalam. Ia diikuti mesyuarat delegasi.

Antara isu yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia dalam mesyuarat itu, mewujudkan duta khas bagi mengadakan rundingan penerokaan bagi persempadanan maritim, hanya satu saluran digunakan bagi pengambilan pembantu rumah Indonesia dan mewujudkan Sekolah Indonesia di Sarawak.

Ia bagi memberi pendidikan kepada anak-anak pekerja Indonesia di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Jokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

02/06/2023
0

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd