• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNIMAP Catat Sejarah Terima Pelajar OKU

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengikuti program Diploma Mikroelektronik pada sesi pengambilan Jun ini.

Pelajar berkenaan Muhammad Adib Wajdi Dzulhawira, 18, anak jati Perlis, yang mengalami kecacatan kaki kanan sejak lahir, akan mengikuti pengajian selama tiga tahun di Kampus Uniciti, Padang Besar, bermula semalam.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata pelajar itu diambil setelah dimaklumkan permohonan beliau ditolak oleh institusi pengajian tinggi (IPT) kerana kecacatan yang dialaminya.

“Muhammad Adib memperoleh keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memenuhi syarat kemasukan. Saya fikir beliau wajar diberi peluang untuk menyambung pengajian,” kata Zul Azhar dalam satu kenyataan media, hari ini.

Zul Azhar berkata sesiapa sahaja yang memenuhi syarat kemasukan harus diberi peluang, bukan dilayan berbeza kerana cacat.

Muhammad Adib, anak pertama daripada dua beradik pula berkata kecacatan yang dialaminya tidak melemahkan semangat beliau untuk menuntut ilmu sehingga berjaya malah ia memberi inspirasi kepada adiknya yang masih belajar di sekolah menengah.

“Saya amat berterima kasih kepada UniMAP kerana memberi peluang untuk menyambung pelajaran dan tidak akan mensia-siakannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: OKUUniMAP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd