• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Buka Langkah Kanan Aksi Pembukaan Liga Perdana 2015

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedah bermula cemerlang pada aksi pembukaan Liga Perdana 2015 selepas mencatat kemenangan selesa 5-1 ke atas SPA Putrajaya FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Lima gol skuad ‘Helang Merah’ dijaringkan oleh Mohd Hanif Mat Dzahir pada minit ke-24; Keith Murtu Nah (48′ dan 50), Baddrol Bakhtiar (61′) dan Chidi Edeh pada minit ke-90 manakala gol tunggal pasukan pelawat disumbang oleh pemain import dari Nigeria, Michael Chukwubunna Ijezie pada minit ke-68.

PKNS FC turut memungut tiga mata selepas mengatasi wakil kelab dari Terengganu, T-Team 2-0 menerusi sentuhan penyudah pemain import dari Argentina, Gonzalo Soto pada minit ke-60 dan lima minit kemudian oleh Mohd Munir Amran pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Negeri Sembilan, dengan gelaran Matrix dan membuat pelaburan besar pada musim ini, melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pasukan pelawat bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Mohd Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-17 sebelum bangkit meledak tiga gol menerusi Jean Alexandre pada minit ke-18; Francis Forkey Doe (51′) dan G. Puaneswaran pada minit ke-78.

Turut meraih tiga mata berharga adalah pasukan Sabah yang menundukkan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Merdeka di sini, hasil jaringan penalti pemain import dari Senegal, El Hadji Diouf pada minit ke-45 dan Shafuan Adli Shaari pada minit ke-58.

Pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula menerima tentangan sengit daripada UiTM FC sebelum menang tipis 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Pemain antarabangsa Singapura, Mohd Shahril Ishak, yang juga kapten pasukan, meletakkan skuad ‘Harimau Selatan’ di hadapan seawal minit kesembilan sebelum Dao Bakary menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-29.

Penyerang import dari Argentina, Leandro Sebastian Velazquez memastikan tiga mata penuh menjadi milik JDT II selepas meledak jaringan kemenangan pada minit ke-80.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sekadar menang tipis 1-0 ke atas juara Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014, Kuantan FA dari Pahang hasil jaringan sendiri pemain pelawat, Lee Kwang-Hyun pada minit ke-53. – BERNAMA

Tags: Liga Perdana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liga Super 2023 Disertai 18 Pasukan, Liga Perdana Dimansuh

Liga Super 2023 Disertai 18 Pasukan, Liga Perdana Dimansuh

20/07/2022
0

PETALING JAYA: Saingan Liga Super musim depan sah akan disertai 18 pasukan dengan Liga Perdana akan dimansuhkan bagi tempoh tertentu....

Kuala Lumpur Juara Liga Perdana 2017

28/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan Liga Perdana 2017 walaupun tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd