• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Bazar Raya Di Jalan TAR Selepas Ini

oleh Haris
26/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKTAMAD… Mulai tahun hadapan, tiada lagi bazar perayaan yang sinonim diadakan sejak dahulu menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman di ibu kota.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memutuskan untuk menghentikan bazar perayaan itu.

Jelasnya, ini selepas beberapa isu yang berbangkit sejak bertahun-tahun lamanya di kawasan berkenaan menjelang hari raya masih tidak diselesaikan.

“Kami tidak akan membenarkan lagi bazar Ramadan atau Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya. Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus.

“Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk dapat keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin,” katanya dipetik mStar Online.

Justeru Bazar Ramadan lepas yang mula diwujudkan di kawasan itu sejak tahun 2003 dan melibatkan kira-kira 100 gerai disahkan beroperasi buat kali terakhir tahun ini.

Isu mengenai bazar ini mula timbul selepas pendedahan mengenai wujudnya amalan menggunakan orang tengah untuk mendapatkan kelulusan tapak bazar atau gerai.

Jelas Amin Nordin lagi, amalan tersebut dilihat semakin berleluasa baru-baru ini meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak DBKL untuk menghentikannya.

“Kira-kira lima tahun lalu, kami memutuskan bahawa peniaga mesti memohon terus dengan DBKL dan tapak bazar diagihkan dengan proses undi.

“Namun tanpa persatuan mengawasi bazar, pengurusan gerai tidak mementingkan aspek kebersihan,” ujarnya.

Selain itu, Amin Nordin turut kecewa apabila seluruh kawasan niaga amat kotor dengan sampah sarap dibuang merata-rata serta gerai ‘haram’ turut beroperasi sepanjang tempoh bazar dibuka.

Malah, sikap ‘samseng’ mereka yang berniaga secara haram itu dapat dilihat apabila berlaku satu insiden di mana salah seorang daripada pegawai penguatkuasaan DBKL disimbah dengan minyak panas semasa melakukan rondaan.

Selain itu, aduan daripada peniaga sendiri juga memainkan peranan dalam keputusan untuk melarang bazar itu diadakan lagi selepas ini.

“Pemilik perniagaan juga mengadu hilang pendapatan disebabkan gerai yang menghalang orang masuk ke kedai mereka.

“Lagipun barangan yang dijual di gerai boleh dibeli dari kedai berdekatan. Jadi tidak perlu ke bazar,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pasar malam yang diadakan setiap Sabtu di lokasi berkenaan, Amin Nordin berkata ianya akan terus dikekalkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bazarJalan TAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bazar Ramadan Jalan TAR Hilang ‘Seri’

29/04/2019
0

SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan tradisi dan kemeriahan bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur yang sinonim...

Proses Pengundian Tapak Bazar Ramadan Kecoh

02/04/2019
0

PROSES pengundian tapak bazar Ramadan bertukar kecoh apabila kira-kira 300 peniaga membantah pemindahan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd