• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Lelaki Ditinggal Di Tepi Jalan Di Pendang

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang bayi lelaki dalam keadaan sempurna dijumpai di tepi jalan berhampiran Kampung Pulai, Tokai, Pendang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut menjumpai bayi berkenaan di dalam bungkusan kain sebelum membuat laporan polis.

“Selepas menerima laporan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikejarkan ke lokasi bersama jururawat daripada Klinik Kesihatan Pendang untuk melakukan pemeriksaan terhadap bayi berkenaan.

“Bayi tersebut yang masih bertali pusat ditemui dengan beberapa kesan tompokan yang dipercayai darah,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi,” katanya. – BERNAMA

Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd