• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIFA Siasat Salah Laku Dua Pegawai Pasukan Jerman

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VATUNIKI – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuka prosiding disiplin ke atas dua pegawai pasukan Jerman yang meluru ke bangku simpanan pasukan Sweden untuk meraikan kejayaan selepas penyandang juara itu meraih kemenangan minit akhir ke atas Sweden.

Pegawai media, Ulrich Voigt dan kakitangan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) yang menguruskan pasukan kebangsaan, Georg Behlau meluru ke bangku simpanan Sweden dan bertepuk tangan apabila jaringan minit akhir Toni Kroos memberikan kemenangan 2-1 kepada Jerman.

Barisan kejurulatihan dan pemain simpanan Sweden terus bangun dan berhadapan dengan dua pegawai terbabit sebelum menolak mereka kembali ke kawasan teknikal pasukan Jerman.

“Jawatankuasa Disiplin FIFA membuka prosiding disiplin ke atas pegawai Jerman, Ulrich Voigt dan Georg Behlau atas insiden yang berlaku di penghujung perlawanan antara Jerman dan Sweden,” kata badan induk itu menerusi satu kenyataan, hari ini.

Insiden terbabit turut dirakam dalam kamera sekali gus menjadi tular apabila ia menimbulkan kemarahan jurulatih dan juga pemain khususnya Emil Forsberg yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘menjijikkan’.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew menyatakan beliau tidak sedar mengenai insiden itu namun DFB menjelaskan pasangan terbabit sudahpun memohon maaf kepada Sweden.

“Kedua-dua individu itu adalah jawatankuasa teknikal pasukan. Mereka meluru ke bangku simpanan Sweden. Mereka begitu kesal atas kesilapan itu,” kata jurucakap pasukan, Jens Grittner.

“Selang beberapa minit, mereka sudah meminta maaf kepada pasukan Sweden dan juga jurulatihnya. Tiada individu yang ditumbuk atau ditendang mahupun kata-kata kesat dikeluarkan, tetapi tindakan itu tetap salah.

“DFB begitu kesal atas insiden ini dan kami memohon maaf kepada pasukan Sweden dan delegasinya.”

Bagaimanapun, Grittner tidak menjelaskan sama ada DFB akan mengambil apa-apa tindakan ke atas dua kakitangannya itu. – AFP

Tags: FIFAKertas Siasatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerima aduan rasmi yang mendakwa Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino...

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

05/07/2026
0

Oleh Mynewshub  TORONTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencuri perhatian dunia selepas rakaman televisyen memaparkan beliau dipercayai menyebut perkataan "Bismillah"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd