• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 60 Ekor Musang Cuba Diseludup

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 60 ekor musang pandan bernilai RM12,000 dipercayai untuk diseludup ke luar negara bagi dijadikan makanan eksotik, petang semalam.

Pemangku Pegawai Memerintah Markas Operasi pasukan berkenaan, Inspektor Raduan Mohidin berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, pasukan serbuan menemui binatang itu, yang disembunyikan dalam semak berhampiran sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali di sini.

“Kesemua binatang itu dijumpai di dalam beberapa sangkar termasuk seekor ibu musang dan tiga anaknya hasil Op Gelora Siri 9/2018 bagi membanteras kegiatan jenayah di sekitar perairan Kelantan.

“Siasatan awal mendapati bot nelayan tempatan digunakan untuk memindahkan musang berkenaan ke bot nelayan asing,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal Polis Marin di Tok Bali di sini, malam tadi.

Beliau berkata pihaknya percaya kesemua haiwan itu akan dijual ke Vietnam kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dan harga lumayan.

Raduan berkata siasatan akan dilakukan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bagi tindakan lanjut dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini tiada tangkapan terhadap mana-mana individu berkaitan kes itu kerana binatang itu ditemui dalam semak,” katanya. – BERNAMA

Tags: MusangPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

Tekong Lari, Tinggalkan 200 Kilogram Ketum Dalam Sampan

10/04/2022
0

KANGAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas 200 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah sampan kayu ditinggalkan tekongnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd