SEORANG paderi Perancis telah mencetuskan kemarahan ramai selepas dia menampar pipi dan memarahi seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun semasa upacara keagamaan.
Ia memaksa paderi terbabit, Jacques Lacroix, 89, bersara.
Kejadian itu berlaku di sebuah gereja di Paris semasa upacara baptism kanak-kanak tersebut. Keadaan menjadi kecoh selepas video upacara terbabit telah menjadi tular.
Beliau menafikan mencederakan kanak-kanak terbabit sebaliknya mendakwa perbuatan itu dilakukannya semata-mata untuk mententeramkan kanak-kanak tersebut.
“Saya cuba dekat dengannya dan hanya mahu dia bertenang. Saya mohon maaf kepada keluarganya di atas sikap cuai saya,” katanya.
Bagaimanapun pihak berkuasa melihat tindakan paderi Jacques itu yang hilang kawalan diri bukan satu alasan dan kemungkinan keletihan akibat usia tua memainkan peranan dalam kejadian berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

