• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permintaan Perjalanan Udara Meningkat Pada 2014

oleh Ahmad Albab
06/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pergerakan penumpang udara global pada 2014 menunjukkan permintaan meningkat sebanyak 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

“Prestasi 2014 melebihi kadar pertumbuhan purata 10 tahun yang sebanyak 5.6 peratus dan 5.2 peratus pertumbuhan tahunan pada 2013 berbanding dengan 2012,” kata IATA dalam satu kenyataan mengenai pergerakan penumpang global pada 2014.

Kapasiti meningkat 5.6 peratus tahun lepas, dengan faktor muatan naik 0.2 mata peratusan kepada 79.7 peratus, katanya, sambil menambah bahawa semua rantau menyaksikan peningkatan permintaan pada 2014.

“Lebih separuh daripada pertumbuhan dalam perjalanan penumpang berlaku pada syarikat penerbangan di pasaran baru muncul, termasuk Asia Pasifik dan Timur Tengah,” katanya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pertumbuhan pasaran domestik memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam perjalanan domestik China yang berkembang 11 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya, kata IATA.

Syarikat penerbangan Timur Tengah mencatatkan pertumbuhan dua angka manakala keputusan di Afrika hampir tidak melebihi paras tahun sebelumnya.

“Secara keseluruhan, sebanyak 3.3 bilion penumpang menaiki pesawat tahun lalu, lebih kira-kira 170 juta berbanding 2013,” tambah IATA. – BERNAMA

Tags: IATA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19: Syarikat Penerbangan Dijangka Hilang RM1.36 Trilion

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan krisis COVID-19 akan menyebabkan pendapatan syarikat penerbangan susut AS$314 bilion (RM1.36...

AirAsia Malaysia Dapat Sijil Audit Keselamatan IATA

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - AirAsia Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai pengendali berdaftar dengan pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd